Menu April 8 3008 (selasa) mlm ni laa baru free. Menu ni memang tak laku laa utk meme. Tapi asam pedas ikan pari tu memecece sapu…

Asam pedas ikan pari

goreng sawi pendek

peria berlada (my fav)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last nite dinner kat depan Seri M’sia..

Ada laa satu ketika tu.. order yang sama, tp yang tukang habiskan hingga licin, baru nak kasi mama makan… aduhai pandang jer laaa cece makan. Hati mama memang tak sampai hati bila lihat cece makan berselera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sarapan pagi tadi…

Tadi dinner…

Tengah siap nak balik, meme tanya apa menu mlm ni…!!!????. Dalam fridge tu memang dah ade yang nak kena masak. Jadi…Malam ni baru free.Dinner tadi terus jer masak walau baru sampai. Penat tak usah kira lah asal perut memecece terisi.

menu nasi goreng + keropok kelate (regular customer student USM kasi)
bila dah siap goreng meme tak sabar nak makan, sbb keropok belum goreng… jadi

Goreng lak keropok awek kelate kasi regular customer) nyum nyum …

memecece cukup hepi dgn nasi goreng… cece tanya nak lagi, tapi memang untuk 2 org makan jer…
ngantuk, dan Mr. Right minta tea 0…

3 hari Mr. right kena food poisoning, selama itu laa badan lembik dengan muka kesian, terpaksa rest. Selama itu laa pulak kebz melampau dgn kerisauan memikirkan keadaannya dirumah tanpa sesiapa.. Dalam keadaan kesakitannya… sempat gak Mr. right bz dgn keje2 yg boleh di buat…
Memang kuat keje, dan susah nak duk diam walau sakit. Jadi Ahad memang cuti dari segala kebz selama ini.. Rest dan melayan kehendak selera sekeluarga. Rasa dah lama tk cuti sejak STE beroperasi. Sabtu pun tutup awal STE…sbb Mr.right keseorangan dan kelaparan. Bermula mlm minggu … Mr. right minta sup tepung…
Pagi ahad Mr. right ikut pulak kepasar cari ketam, cause meme juga order menu, tp ketam tk fresh dan kecik2. Sarapan pg di pasar, roti canai…
Selesai sarapan terus cr bahan utk dibawah tu. Bila dh mula sihat, selera berbagai laa pulak.

Selera seharian depan tv (Oprah) Ahad yang redup…
12pm…

bubur ikan, cuma mkn dlm mangkuk kecik, sbb tk boleh mkn byk2..baru sihat.

3pm…

Loo si fan, permintaan dr 3 minggu yg lalu… meme mkn 3 x tambah…

6pm…

mee sup kira dinner laaa…
….lepas 5min kosong jer mangkuk..

mama cuma mkn bubur nasi. Kat bwh ni menu mee sup dan cara… simple jer…

Pagi tadi lak…

Oprah show semlm memang buat sekeluarga tidak berganjak dari depan tv… Byk info ttg kesihatan, pemakanan, dan masalah manusia yang memang takkan selesai dgn kesilapan sendiri.
Mlm ni siri new days oprah bermula.. sempat ker ni…

End…

Sabtu 29/03/2008

Pagi dah bz kat dapur masak sarapan dan sediakan menu lunch.

img_4493.jpgimg_4495.jpgimg_4488.jpg

img_4522.jpg

Simple jer nasi lemak ni. Kesukaan meme cece dan papa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ni lak holiday.
Qbay Jalan2… meme n cece ternampak CJ7 alien :D minat betul laa, belikan jugak laa tp yg paling kecik jer..mahal.

img_4523.jpg

Makan kat…

img_4526.jpg

Sementara cece dan papa merayau kat “Popular books store”

Tak sedap…tp alhamdulillah…

Friday biasa meme kena stayback until 4pm, bz nyer bertanya apa menu utknye esuk??? kat 10x bertanya menu apa??? Gelak jer laa walau hati mula nak tension dgn soklan nye yg selang seli nada ketawa. Lastly dua2 golak…. sbb lawak laa plak… bila mamanye kata nasi goreng telor jer = nasi goreng.. :D kah kah kah….meme say ok lorr but don’t mixed or masuk pelik2…

img_4227.jpg

Apa yg pelik??? bawang? ikan bilis?? biasa tu jer bahan utama (dlm hati)
ok laaa telor dgn nasi jer di goreng buh garam, sudah cukup bagi meme kata sedap. Senang nye keje mama naaa.

cece ni paling simple, apa jer yg boleh mkn semua sedap. Tak byk karenah, takmo mama hantar nasi, sbb dah remaja, dan tak cool. Ewah cece, cuma mahu $$$. Tp cece ni jimat, kalau tk kasi duit belanja pun dia tk kisah, hingga perlukan $$$ baru mintak. Tapi sejak menjak ni cece dh mula pandai berbelanja.. minggu ni jer dia tapau $$$ rm15??? apo hal???

1_898300658l.jpg

Kes.. hilang purse!!! semlm mood cece garang, heran mama, sikit2 cece naik hangin. Last br dia citer…. suspek tu memang ade yg nampak, jd mama nasihatkan settle jer ngan guru displin.
Walaupun $$$ tak byk, cuma brg penting…bukan per pun yg hilang, purse tu papanya yg belikan… tu yg cece marah sgt, sbb hargai, tp lalai… dulu hp hilang, dapat yg baru… ni purse… nasib laaa IC, mama tak kasi cece pegang. If not….

So esuk pagi bz…

Semalam masak ketam berlada. Dah 2 minggu meme asyik mintak ketam. Selera tul nampak meme makan sambil duduk depan tv. Siap pesan simpankan utknya lepas tuition nak makan lagi. Dinner la tu.

Menu ni akan diedit kemudian…

Minta maaf laaa geng yang suka masak, den ler ni dah tak berapa der masa nak masak…
masak pun simple2 jer. Takkan laaa den nak pelawa masakan telor goreng lak…
hehehe per pun jika kesempatan ade den masak gak laaa yg leh jd menu enak…
salam ketemu naaa bila kita nak masak?

Buat hari sabtu tapi lupa lagi nak lip pic menu ni…

Bahan:
kerang 1/2 kg
taugeh 30sen (rebus)
tauhu 2 keping (goreng potong nipis)
lada kering 10 bj + bawang besar sebiji + bawang putih 2 biji (blend)
santan 50 sen
halia sebesar jari ketuk2 jer
meehun + mee (suka hati)
telur 4 biji rebus
lada merah hiris

1. Rebus santan + fishball dan halia + serta tauhu kering bersama 2 mangkuk air suka hati nak pekat or cair.
2. Tumis bahan blen, garing masukkan semua dlm bhg 1. didihkan hingga masak rasa garam.

hidangan:
masukkan semua bahan seperti mee+meehun, kerang, taugeh, tauhu, lada merah, telur, kedlm mangkuk antik dan jika nak tambah bahan lain suka hati…. pastu bubuh laa kuah sila laaa makan.

# mei2 dan shei2 suka tul makan.

Sawi sepokok
Tepung gandum secawan - adunan seperti pastri karipap.
Ikan bilis segenggam
Bawang kecil dan bawang putih sebiji - hiris
lada besar sebiji - hiris + kicap.
air semangkuk - garam

Tumis bawang dan ikan bilis hingga garing dan toskan minyak. Masukkan air bersama sawi, biarkan didih. Sementara tunggu didih, tepung leperkan senipis yg nipis, potong ikut suka hati, masukkan dalam sup yg didih, biarkan hingga masak. Buh garam… masak dah tu, jgn lama² sangat didih…

Hidang bersama lada hiris yang di campur dgn kicap pekat masin brand “MAGGI”

Makan mesti time panas²…

Ikan Tenggiri beli 1/2 ekor.
Bawang besar sebiji - hiris
Bawang putih sebiji - hiris.
Lada besar apa color pun sebiji jer - patah² ngan tangan. (time tercedera nak cepat jd tak yah guna pisau)
Kicap pekat suka hati nak buh byk maner.
sos tomato pun suka hati gak.

Goreng ikan hingga well done…
kurangkan minyak, goreng semua bahan hingga wangi, masukkan sedikit air, kicap dan sos tomato. Lebur semua ikan tadi dan didih… rasa garam - dah masak..

Tutup api dan makan ngan nasi panas. Besss.


Chicken Chop

Bahan:
4 keping pangkal & paha ayam, dibuang tulang garam, serbuk lada hitam
40 g kelapa parut, digoreng keemasan
100 g tepung tempura (jual dlm kotak)
160-180 ml airserbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng.

Bahan sos:
2 camb minyak
100 g bawang besar
100 g salderi
2 camb mentega
2 camb tepun gandum
550-600 ml air rebusan ayam
1 camb herba Italy
serbuk lada hitam
2-3 camb kicap hitam
1 tin cendawan butang /segar

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada hitam selama 20 minit. Satukan kelapa, tepung tempura dan air untuk menjadi adunan. Celup ayam di dalam adunan dan salut dengan serbuk roti. Goreng dalam minyak banyak hingga keemasan. Angkat dan sejatkan.

Untuk sos:
Panaskan minyak, goreng bawang besar dan salderi hingga keemasan. Angkat dan kisar dengan sedikit air hingga halus. Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau atas api perlahan hingga keemasan. Masukkan semua bahan lain, kacau cepat hingga kuah pekat.

# tp bila tiba time masak byk yg bb ubah suaikan, bahan bertanda merah tu tiada dlm senarai dapur.
1) time perap ayam tu sama, tp time nak goreng tu bb guna tepung KFC.
2) utk sos lak, sama jer.

#) Cendawan butang - potong kecik, senang budak² nak mkn.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

COLESLAW
1 batang lobak merah, dihiris halus
2 cawan hirisan kubis
3 cawan air }1 camt garam } disatukan 3 camb cuka 3 camb gula sedikit garam

Bahan A
150 ml krim masam
3 camb mayonis
1 camb jus limau nipis
1 camb gula sedikit garam & serbuk lada sulah/hitam

Rendam kobis di dalam air bergaram selama 1 jam (letak di dalam petisejuk). Toskan dan gaul dengan cuka, gula dan garam, biar selama 30 min. Satukan A kemudian campurkan dengan lobak dan kobis. Letak dalam bekas bertutup, simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan terus.

# sama gak laaa ubah suaikan mengikut keadaan, cuma bahan yg bertanda merah tu jer yg tak jumpa dan cr penyediaan tak ikut sgt dan buat cr yg agak mudah tanpa rendam².

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kentang Putar belit eheh

Ingredients:
300 g kentang (Russet/berkulit merah)
1 camb mentega garam & serbuk lada sulah atau hitam (ikut suka)
2-3 camb susu segar

Sos Kentang Putar
600ml air rebusan ayam/daging
1 batang salderi, dicincang halus
1 labu bawang besar Spanish (putih), dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 camb tomato sos
1 camb sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk ‘mewarna’ sos)
garam & serbuk lada hitam secukupnya

Directions:
Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam). Bila menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api. Biar merenih selama 20-25 minit hingga empuk. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. Tambah garam dan serbuk lada sulah.

Jerang air rebusan dengan salderi, bawang hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan hingga tidak melekat pada tepi periuk. Masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel. Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga pekat. Tambah kicap pekat agar sos kecoklatan. Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

# Kentang berkulit merah ni memang tak jumpa, jd bb cuma ada kentang biasa jer. Tp masa rebus tu memang dah terkupas kulit, lebur jer.
# Utk kesemua sos bb memang masak rebusan ayam tu sekaligus utk semua menu tu. Senang sikit wat keje. Hasilnya boleh laaa….
#fries - beli dan goreng.
#sos tiram memang tak guna dlm menu ni…

Pic tu memang simple, dan tu laa hasil yg bb dapat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menu² ni bb dapat dari kawan…
credit utk kawan ni.. nak letak link blog kawan, nanti laa minta izin dulu jika kawan benarkan.
Seronok share² ni.
try laa… mang sedap….

Next Page »